Isnin, 21 Mei 2012

April 2011 Yang Penuh Memori

mcm yg tertera kt tajuk entri kali ni, memang, April tahun lepas meninggalkan seribu kenangan buat aku,setelah beberapa kebetulan yg merealisasikan cita2 aku utk merantau ke negara org. Kebetulan yang aku maksudkan adalah, pelajar IPTA mcm aku dapat cuti penyelarasan semester iaitu 4 bulan...Wohooo, lepas tu, Airasia buka laluan baru ke Christchurch, New Zealand dengan harga yg berpatutan walaupun kitorg x dpt tiket plg murah,rm400 rasanya utk pergi dan balik, dan juga yang paling penting permohonan Visa Working Holiday aku dan 2 org lagi kawan aku diluluskan...Wohooooooo,so kitorg dapat kerja dengan sahnya di sana.

jadi, habis je exam paper Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, dan last sekali Community Health esoknya result professional exam kitorang terus dikeluarkan, Alhamdulillah, kitorang semua lulus, x perlu exam ulangan yang boleh merencatkan rancangan kerja sambilan di NZ nnt...

jadi pada 17 April, berlepaslah kami dari LCCT Sepang menuju ke arah Christchurch

AirAsia X ke Christchurch melintasi Bali

oleh kerana penerbangan kami menuju ke arah timur, jadi kami "rugi" masa dalam pertukaran waktu antarabangsa... korang ingat x Geografi niii??!! 



suhu pertengahan musim luruh 14'C waktu malam dibulan Mei, ingat ye kawan2,,NZ negara hemisfera selatan, jadi pertukaran musimnya terbalik dr negara Eropah dan America Utara,, contohnya ketika musim sejuk di London, di Christchurch pula musim panas,begitulah aturan Allah s.w.t.


Antartic Center berdekatan Airport (gambar rosak sbb uploader blogspot hampeh)

setelah solat dan tidur di airport sbb miskin x cukup duit, kami dapatkan kereta sewa utk memulakan kembara kami di NZ...


p/s-sambung entri berikutnya lah,,,uploader gambar ni hampeh sangat,buang masa n merosakkan gambar je nk upload




2 ulasan: