Ahad, 16 Januari 2011

PERLU KE BERDOA DALAM FACEBOOK? ALLAH ADA AKAUN FACEBOOK KE?



isu aku kali ni,pasal berdoa dalam facebook,,aku x pernah nak katakan betul atau salah...cuma aku selalu fikirkan,orang yang berdoa tu,apa yang diharapkan dengan berdoa di facebook menjadi tatapan orang lain?

bukan kita digalakkan bersunyi-sunyian dalam berdoa kepada Allah ke?

kenapa nak merintih kepada Allah didalam facebook,minta dijodohkan dengan "si dia" la,mohon petunjuk untuk memilih pasangan la,,haha,biasanya memang tema doa dalam facebook pasal hubungan lelaki dgn perempuan la

bagi aku,rasanya lg baik,macam aku cakap,berdoa,merintih-rintih biarlah jauh dari pandangan manusia,sbb...entahlah,aku rasa itu yg terbaik,daripada berdoa mendayu2 dalam facebook buat status lagi,bukannya Allah ada akaun facebook pun...kalau niat nak berdakwah terpulanglah,tp aku perasan satu pattern dalam berdoa dlm facebook ni,mesti tema yang sama,mcm aku cakap tadi.sebab tu aku macam skeptikal dengan diorang...

doa adalah senjata umat Islam,untuk individu pula,boleh mendatangkan rasa kehambaan,rasa kerendahan diri kepada Allah,tapi kalu berdoa dlm facebook,mengharapkan banyak komen2 pujian,matlamat doa tu tercapai ke?

sesuatu untuk difikirkan
~salam~



BLOG AKU BARU TUKAR NAMA!!

oklah kawan2,straight to the point,sy tukar nama blog saya daripada Angin Lalu kepada nama id saya sendiri,Lokeey...sebab saya pun masih baru dalam dunia blogging ni,masa mula-mula ni la elok buat perubahan awal,kepada kawan2 blogger yg senior,saya minta tunjuk ajar..

kita hidup ni,kena perbanyak perbaiki diri kawan2,hampir setiap hari kita diseru perbaiki diri,bertaubat,ish,bila cakap pasal taubat,teringat dosa2 lama...

perbaiki diri,bertaubat sebahagian daripadanya,semua ada peluang,bagi seseorang manusia,selagi belum nyawa dicabut,dan bg seluruh manusia,selagi belum matahari terbit sebelah barat,kita semua ada peluang kawan2...

sesuai dgn hadis Nabi saw yang bermaksud:

“ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” Mafhum Hadith Rasulullah SAW.

memang la kalau difikirkan macam x mampu,tapi sekurang2nya kita cuba,sekurang2nya nanti semoga usaha kita cuba mengikut ajaran Nabi saw akan menjadi sebab kita mendapat syafaat Nabi kelak,di hari yang xde guna dah anak bini,harta pangkat,rumah besar,duit nuffnang beribu ringgit,yang menjadi penentu,amalan kita yg macam hampeh ni...jadinya,syafaat Nabi lah yang kita harapkan

salam

Sabtu, 15 Januari 2011

KENAPA SUKA SANGAT WAJAH ARTIS KOREA??

inilah persoalan yg selalu main dalam fikiran aku,bila tgk org Msia suka sgt kt muka artis korea
sbb...

entah,aku rasa macam wajah Caucasian lagi lawa dari muka Asia atau Korea yg diorang tergila-gilakan sgt tu

muka Caucasian mcm leighton meester
lawanyaa,walopn aku x layan gossip girl,tp mmg aku tau dia sangat lawa,muka dia nampak natural

daripada muka Korea mcm Wondergirls contohnya, rasa mcm "fake" la muka diorang
maksud aku fake tu mcm buat2 comel,rasa macam muka pmbedahn plastik,pastu buat gaya comel,tp mmg tu pun pn identiti kebanyakan artis korea kan,baik laki ke pempuan...

termasuk la artis2 laki korea,aku bukan rasis,tp aku mcm x berapa minat la mata sepet
termasuk la mamat ni,rain,aku mcm x boleh terima kenapa muka mcm ni boleh jadi glamer sgt...

ni lagi la,aku x faham macam mana gadis2 Msia bole histeria tgk budak2 ni,2PM,penampilan diorang,urghh...mcm tahpape entah bagi aku,bajet comel,kebudak-budakan...
kalau korang perasan,banyaklah,artis lelaki korea mcm perempuan dah gaya diorang,susah nak bezakan..

bagi peminat diorang,no offense ya

apepun..tu pandangan peribadi aku,
aku sendiri pun x minat sgt dengan hal2 artis luar negara apetah lg artis korea
saje terfikir bila tengok banyak sangat blog yg tampal gambar2 artis Korea pujaan hati diorang...
haha..

Cheers

Jumaat, 14 Januari 2011

Belajar Dari Singapura

korang perasan x,naib PM,tan sri muhyiddin,kt US buat kunjungan dalam salah satu usaha nak tarik rakyat Malaysia yg bekerja di luar negara utk balik ke Malaysia


pasangan warga asing kepada wanita Malaysia boleh diberikan PR

sampai diberitakan 785 ribu rakyat Malaysia bekerja di luar negara,terutamanya dalam bidang profesional

sumber tenaga profesional la aset paling penting utk sesebuah negara maju dan kaya raya

tengok Singapura,x cukup rakyat dia utk isi kekosongan kerja profesional,dia tarik golongan profesional dari luar negara,termasuk lah dari negara kita,indonesia,india....
semua ditawarkan gaji yang tinggi dari negara asal,pendatang yang berbakat semua terkumpul di Singapura,memacu ekonomi negara kecil yg kaya-raya

sedar x,negara2 asal pendatang profesional ke Singapura mcm Malaysia contohnya ni punyalah bersusah payah,melatih,membiaya rakyat dia untuk jadi profesional,sampai jadi yang terbaik dgn harapan nak memajukan negara sendiri tp,bila dah berjaya,Singapura tarik menjadi rakyatnya dengan mengumpan gaji yang mahal

kesannya,negara asal makin mundur,


negara maju kaya raya macam Singapura makin kaya raya dan maju

bandaraya Singapura

licik,dan bijak pemimpin Singapura


Singapura hanya mengambil golongan profesional sebagai rakyatnya


Malaysia mengambil golongan buruh kasar luar negara sebagai rakyatnya


fikir-fikirkanlah

Khamis, 13 Januari 2011

Klinik Dignitas

pernah dengar tak,pasal klinik dignitas, Dignitas Clinic kt Switzerland?


klinik ni,ditubuhkan untuk memenuhi hajat individu2 yg NAK MATI!!! gila kan?
perkhidmatan utama yang ditawarkan, membunuh pesakit atas permintaan pesakit sendiri,terutamanya bagi pesakit yang dah mmg x sanggup menghadapi hidup akibat penyakit kronik,hurm,,,macam tulah org2 yg x diberi hidayah,kehidupan semata2 di dunia pada fikiran dorang,habis dunia ingat dah boleh aman?

setakat ni,perniagaan klinik ni mmg baik,laris,sebab ramai orang nak bunuh diri,bkn dari switzerland semata tapi dari seluruh eropah,pelanggan/pesakit datang klinik utk mati...doktor biasanya bagi suntikan maut

ni antara "bekas2" pelanggan klinik ni


Chris


Daniel James


Vicki Wood

ramai lagi dah mendapatkan khidmat klinik dignitas
kiranya, bisnes membunuh diri ni memang bagus prospeknya (?!)

di klinik ni,pelanggan diberi pilihan,nak mati dengan minum jus oren bercampur dos maut Nembutal

macam sedap,tp kat klinik dignitas, jus berperisa racun...



perniagaan klinik ni berjalan lancar,sampailah mei 2010
bila terkantoi klinik ni membuang abu-abu mayat pelanggannya di sebuah tasik di Zurich

Lake Zurich

Divers recover urns

diberitakan,rupa-rupanya hanya sebahagian kecil abu je yg dipulangkan ke ahli keluarga si mati......

kita sebagai orang Islam,jauhilah perbuatan terkutuk ni,masalah takkan selesai dengan membunuh diri,sebaliknya tersiksa selama-lamanya,sesuai dengan hadis nabi

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:”:Sesiapa yang membunuh dirinya dengan benda tajam, maka benda tajam itu akan dipegangnya untuk menikam perutnya di neraka Jahanam. Hal itu akan berlangsung selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun sehingga mati, maka ia akan meminumnya di dalam neraka Jahanam selama-lamanya. Sesiapa yang menjatuhkan diri dari gunung semata-mata untuk membunuh diri, maka ia akan menjatuhkan dirinya ke dalam neraka Jahanam selama-lamanya.”

uhh,tak sanggup aku,menderita macam mana pun aku kat dunia,sekurang-kurangnya ada pengakhiran bila mati,tp bila tersiksa sebab bunuh diri selama-lamanya di akhirat,mmg x berbaloi

Rabu, 12 Januari 2011

XPDC Gunung Nuang




3 minggu lepas kitorang naik gunung Nuang,hulu langat,selangor...sengaja pilih waktu habis peperiksaan midsem,perjalanan awal ok la,mcm yg dirancangkan..


singgah sekejap bersarapan di warung di Dusun Tua,Hulu Langat


ni permulaan trek,boleh tersenyum lagi,bila dah mendaki dah x senyum dah!!

masyarakat kejam

kesian sangat kat Nurul Dahyatul Fazlinda, bila aku baca pasal dia ada beberapa individu aku geram sangat,satu kat bapak dia yg tak boleh kawal emosi sampai tanpa sengaja buat anak dia macam tu...

satu lagi aku geram sangat kat kawan2 dia yang tergamak panggil dia hantu,mmg la kalau fikirkan,diorang tu budak2,tp kalau fikirkan balik,bukan budak2 je berperangai macam tu,orang2 lebih dewasa pn sama..macam kurang gila rasa empati...

aku pernah berkenalan dgn seorang pesakit "autisme",atau kita panggil autistik,bila tanya keadaan di sekolah menengah macam mana,dia jwb,selalu kena ejek,,,,dia melalui persekitaran masyarakat yg sangat kejam setiap hari ke sekolah
...

manusia,manusia...
selagi diri sendiri tak merasa derita