Lokeey
Sabtu, 22 Februari 2014
Khamis, 31 Mei 2012
Hari Pertama
menikmati angin musim luruh yg menyapa lembut, hati pun tenang...Cewaaahh!! |
kemudian singgah pula di lokasi yg tak pasti,tp lawa lah,lawa sungguh,kamera pun x mampu menggambarkn keindahan alam yg kitorg saksikan
gedik gila |
Akhirnya tibalah ke destinasi hari tersebut, Lake Tekapo yg keindahannya, x dpt digambarkan,kena ada satu entri khas untuk gambar2 kat tasik tersebut, ini sebagai intro;
Lake Tekapo |
Ahad, 27 Mei 2012
Out of Christchurch
nissan ape ntah, buruk kan? haha,,janji murah,19 dollar sehari kot |
Isnin, 21 Mei 2012
April 2011 Yang Penuh Memori
jadi, habis je exam paper Pathology, Parasitology, Pharmacology, Microbiology, dan last sekali Community Health esoknya result professional exam kitorang terus dikeluarkan, Alhamdulillah, kitorang semua lulus, x perlu exam ulangan yang boleh merencatkan rancangan kerja sambilan di NZ nnt...
jadi pada 17 April, berlepaslah kami dari LCCT Sepang menuju ke arah Christchurch
AirAsia X ke Christchurch melintasi Bali |
oleh kerana penerbangan kami menuju ke arah timur, jadi kami "rugi" masa dalam pertukaran waktu antarabangsa...
Antartic Center berdekatan Airport (gambar rosak sbb uploader blogspot hampeh) |
setelah solat dan tidur di airport
p/s-sambung entri berikutnya lah,,,uploader gambar ni hampeh sangat,buang masa n merosakkan gambar je nk upload
Ahad, 20 Mei 2012
Bersawang Dah Belog Aku
by the way, masih terkenang2 lagi pengalaman mencari rezeki kt negara orang, New Zealand
melompat mcm org gila di Mt Aspiring National Park |
Indahnya bumi New Zealand, Subhanallah, cantik sangat, setiap pemandangan tepi jalan nampak macam lukisan yg kita selalu impikan dlm zaman kanak2 dulu, kepelbagaian landskap sangat mengagumkan, daripada hutan hujan tropika mcm di negara kita ni ke aisberg air batu sebesar gunung jaraknya hanya beberapa kilometer, dari kawasan mcm gurun ke kawasan hutan pokok tirus, kawasan bukit bukau tasik nan indah ke kawasan alpine mcm di Switzerland di Eropah,semuanya ada di New Zealand...Maha Suci Allah yg menjadikan bumi seindah ni..
Tasik Wanaka di Pulau Selatan |
lagi pemandangan Tasik Wanaka |
salah satu ikon New Zealand, Biri-biri |
so,ni lah antara entri intro perjalan epik aku di New Zealand selama 3 bulan mencari pengalaman dan erti hidup di rantau orang, so, beberapa entri akan datang menceritakan perjalanan aku di sana la,moga pembaca x bosan,haha
Sabtu, 22 Januari 2011
Buaya trauma setelah tertelan telefon bimbit
KIEV, Ukraine - Seekor buaya berusia 14 tahun, Gena enggan makan sebarang makanan selepas ia menelan satu telefon bimbit milik seorang wanita yang terjatuh ke dalam kurungan haiwan itu di sebuah akuarium di bandar Dnipropetrovsk.
Pada mulanya, para pekerja akuarium itu tidak percaya dakwaan wanita tersebut yang berumur 20-an bahawa telefon bimbitnya ditelan buaya tersebut.
"Namun, apabila telefon itu berbunyi dan bunyinya datang dari dalam perut buaya tersebut, kami mengetahui dia (ibu tersebut) tidak berbohong," kata seorang pekerja di akuarium berkenaan, Alexandra.
Wanita berkenaan terjatuh telefon itu semasa dia mahu merakamkan aksi buaya tersebut sedang membuka mulutnya.
Ekoran tertelan telefon itu, buaya tersebut tidak makan selama empat minggu dan kelihatan murung dan sakit.
Alexandra berkata, kelakuan buaya jantan tersebut berubah selepas ia menelan telefon itu kerana ia kini bergerak amat perlahan dan kurang berenang berbanding sebelum ini.
Ketua doktor haiwan, Oleksandr Shushlenko berkata, jika buaya berkenaan masih enggan memakan sebarang makanan, haiwan itu akan menjalani pemeriksaan sinar X. - AP
~hek eleh buaya ni,nak trauma plak apahal,telan manusia x trauma pulak....